Topik 1 - Bisu Selepas Dihidupkan Semula

Seperti yang diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.

Pengalaman itu ialah mayat yang sedang disembahyangkan tiba-tiba hidup semula. Malangnya setelah hidup semula, dia menjadi bisu. Keadaan itu berterusan hinggalah dia meninggal dunia beberapa tahun kemudian.

"Peristiwa itu berlaku beberapa tahun lalu disebuah kampung di Pantai Timur. Ketika itu saya masih remaja dan mengaji di pondok dengan beberapa orang rakan. Orang yang meninggal dunia itu pula adalah seorang lelaki dlm lingkungan 60-an dan sudah berkeluarga. Punca kematiannya tidak saya ketahui,

Pada hari tersebut, bapa angkat saya mengajak saya pergi ziarah seorang penduduk kampung yang meninggal dunia dan sama-sama tolong uruskan jenazahnya. Saya pun ikutlah. Apabila sampai, jenazah itupun diuruskan seperti jenazah-jenazah lain. Dimandikan dan dikafankan. Tidak ada apa-apa yang luar biasa ketika itu. Keadaan mayatnya pun macam mayat-mayat lain. Jumlah orang yang melawat pun boleh tahan juga.

Selepas zuhur,kami beramai-ramai sembahyangkan jenazah berkenaan dgn diimamkan oleh bapa angkat saya tadi. Saya berada di saf paling depan, betul-betul dibelakang bapa angkat saya.

Tapi, dengan kehendak Allah, sewaktu takbir yang kedua, suasana tiba-tiba menjadi gempar-jenazah yang sedang disembahyangkan itu bergerak-gerak. Cara mayat itu bergerak adalah seperti orang yang baru bangun dari tidur dan cuba melepaskan diri daripada selimut putih yang membungkusnya. Mungkin panas ke, atau lemas. Yang menyaksikan kejadian itu semuanya terkejut.

Melihat mayat berkenaan bergerak-gerak,sembahyang jenazah sekaligus dihentikan. Sayapun menjengukkan kepala untuk melihat mayat itu. Aneh...inilah kali pertama saya melihat mayat hidup semula.

"Pergilah tenguk..buka kain kafannya," kata bapa angkat saya. Saya pun pergi dekat mayat itu dan bukalah..Maha Suci Allah, apabila saja dibuka kain kafan itu, saya nampak matanya terkebil-kebil. Dia masih hidup.... Lepas itu hamba Allah ini duduk dalam kehairanan dan terpinga-pinga, Anehnya, dia tidak dapat berkata walau sepatahpun. Kenapa? Hanya Allah sahaja yang tahu.

Apa reaksi orang ramai yang nampak kejadian itu?. Mereka semua lari lintang-pukang...tinggallah saya berdua dengan bapa angkat saya. Lucupun ada, kecewapun ada. Yalah sepatutnya apabila hamba Allah ini hidup semula, ini tidak..lari lintang pukang.

Kalau ditanya pula perasaan saya bila nampak mayat itu hidup semula...memang saya tak rasa takut walau sedikit pun. Buat apa takut sebab sepanjang hidup saya tak pernah pula saya dengar orang mati kena cekik dengan mayat. Tapi itulah hakikatnya. Kebanyakan kita lebih takutkan manusia, jin, syaitan, lebih daripada takutkan Allah.

Selepas kejadian itu, lelaki berkenaan menjadi bisu. Mulutnya yang dahulu lantang bercakap kini terkunci terus. Lebih mengejutkan, dia mengubah terus cara hidupnya. Mulai saat itu lelaki tersebut hanya menumpukan penghidupan keduanya dengan mengerjakan ibadah sembahyang. Dia juga tidak pernah meninggalkan sembahyang secara berjemaah. Kesungguhannya menunaikan amal ibadat sangat luar biasa dan mengagumkan.

Keadaan ini jauh berbeza dengan kehidupannya sebelum itu yang bergelumang dengan dosa dan maksiat. Masa hidup dulu, lelaki itu bolehlah saya katakan sebagai 'semua boleh jadi'...'ke darat boleh,ke laut pun boleh'. Senang cakap, lelaki itu suka berbuat dosa tapi apabila masyarakat tegur, dia tak ambil peduli. Hendak pergi ke masjid jauh sekali.

Sepatutnya apabila lelaki ini sudah berubah sikap, orang ramai perlulah menerimanya dengan baik tapi apa yang saya kesal, dia telah disisihkan oleh keluarganya sendiri. Tidak tahulah saya kenapa keluarga lelaki itu menyisihnya tapi soalnya, itukah balasan anak isteri dan keluarga. Pada hal semasa hidup dia sudah bina rumah, kumpul harta dan sebagainya untuk keluarganya...tapi bila dia mati, dan kemudian hidup semula, anak-anaknya tak mahu menerimanya. Sedih saya memikirkan cara penerimaan mereka itu.

Maka atas sifat ihsan bapa angkat saya tadi, dibuatkanlah sebuah rumah di kawasan masjid. Tinggallah lelaki tadi di rumah berkenaan hingga ke akhir hayatnya. Apa yang menggembirakan kami ialah setiap kali bila lelaki itu hendak ke masjid, dia akan mengajak sesiapa saja-tak kira yang ada dijalan,tembok,padang atau sebagainya-supaya segera pergi ke masjid.

Lelaki berkenaan meninggal dunia beberapa tahun kemudian. Saya tidak tahu pula punca kematiannya. Bagaimanapun, sebelum akhir hayatnya, dia telah meminta maaf kepada para penduduk kampung itu atas segala kesilapannya yang lalu.

Urusan pengkebumian jenazahnya pun berjalan dengan lancar. Menurut orang yang membawa jenazah itu, mayatnya ringan, mudah dibawa. Satu lagi, masa dahulu orang membawa jenazah dengan menggunakan empat buah basikal. Caranya ialah diletakkan empat batang kayu/buluh di basikal-basikal itu. Kemudian keranda diletakkan atas kayu berkenaan dan di tutup dengan daun kelapa secara berselang seli.

Kata orang yang mengusung jenazah tersebut, mereka tak menghadapi sebarang masalah. Mayatnya ringan dan orang menolak basikal pun tak ada masalah sebab menolak basikal dengan cara begitu bukannya kerja senang.

 Pengajaran dari kejadian di atas

Apakah yang dialaminya semasa 'mati' hingga menyebabkan dia bertaubat?. Wallahuallam, saya tak tahu. Yang tahu cuma Allah dan dia sahaja. Yang pasti, dia telah melalui satu pengalaman yang sangat berharga, untuk dirinya dan untuk kita semua.

Lelaki itu bertuah kerana telah melihat kebenaran Allah dan Allah telah memilihnya untuk diberi kesempatan bertaubat sebelum dicabut semula nyawanya. Hanya segelintir orang saja yang dipilih Allah untuk diberi peringatan itu.

Sayangnya dia tidak dapat beritahu kepada masyarakat apa yang dilaluinya semasa dimatikan itu. Mungkin Allah tidak mengizinkannya, cukuplah untuk pengajaran diri lelaki itu dan juga masyarakat (yang memahaminya).

Tapi saya sedih, orang Melayu ini cepat lupa pada sejarah. Mereka insaf sekejap saja, lepas itu lupa balik..buat kerja-kerja mungkar. Orang-orang kampung itu cuma insaf sekejap saja, lepas itu buat lagi amalan-amalan buruk.Lebih saya kecewa ialah keluarga lelaki itu yang menyisihkannya.

Peristiwa itu cukup memberi kesan dalam hidup saya. Ada orang berkata, cerita-cerita sebegini tidak elok didedahkan kerana memberi aib pada orang yang terlibat. Saya tak beranggapan begitu. Bagi saya, ia bukan bertujuan mengaibkan orang tapi untuk dijadikan peringatan kepada masyarakat. Malah saya selalu berdoa supaya Allah selalu berikan contoh-contoh seperti ini kepada kita semua agar kita semua menjadi umat yang taat kepada-Nya.

Kita semua akan mati...sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemu Allah?.

Dipetik dari Mastika Disember 1996.

 


Topik 2 - Kenapa Ikan Tidak Berlidah???

Rasulullah s.a.w bersabda, "Sejahat-jahat manusia pada hari kiamat nanti ialah orang yang bermuka dua. Barang siapa yang bermuka dua di dunia, maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah api neraka jahannam."

Sabda Rasulullah lagi,

"Tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita."
Bila ditanya apa hikmahnya, maka Baginda menjawab, "Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata."

Salah seorang sahabat pun bertanya,

"Kenapa ikan tidak mempunyai lidah?"
Sabda Rasulullah s.a.w,
"Setelah Allah selesai menciptakan Adam a.s maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat. Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya dan mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan. Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "Sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan di daratan." Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu, ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya."
Sekian... wallahualam...
 


Topik 3 - Kisah Benar : Pengalaman Seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor

Kisah Benar yang diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.

Ianya berlaku di kawasan dearah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu macam macam jenis mayat saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun lalu mendedahkan saya pada satu kes yang cukup "istimewa" sepanjang saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa itu berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidak dapatlah saya nyatakan di sini. Ianya terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak allahyarham menguruskan jenazah bapanya.

Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh baca al-Quran. Tapi bila saya hendak balik, anak allahyarham datang dan menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.

Kawan saya kata " Cubalah tanya dia sendiri ". Tapi kawan saya ada memberitahu dua bulan yang lepas saya sahaja mengadakan kursus dalam hal pengurusan jenazah.

Anak allahyarham menemui saya. Saya beritahu jenazah tidak elok dibiarkan lama lama. Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak penah saya bertemu dengan

mayat yang sebusuk ini. Bila saya tengok wajah allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh macam macam perasaaan ........ takut, cemas, kesal dan macam macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah.

Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak allahyarham dan saya potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikut kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar.

Maka saya pun urut urutkan perut allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu sangat mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tapi melalui mulutnya.

Lain macam saja ni, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut urut lagi perutnya. Tapi najis keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar debar. Apa yang sedang berlaku didepan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis, saya harap ianya tidak berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali terakhir. Tiba tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hibup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya mengurusnaya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak allahyarham. Meraka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi,mereka juga terkejut dan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, " Inilah ujian Allah kepada kita.

Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi pergi panggil semua anak allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini.Bila kesemuanya anak allahyarham masuk, saya marahi meraka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenezah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak.

Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pergorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat saat begini anak anak allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba tiba keluarlah ulat ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah ........

Suasana menjadi makin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat sebab saya takut perkara perkara yang lebih aib akan berlaku. Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan diatas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup cukup memarasi hujung kepala dan kaki, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potong dan tampung ditempat tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tapi apa nak buat, itu saja yang boleh saya lakukan. Dalam masa yang sama saya berdoa kepada Allah " Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatkan kepada hambamu ini. "

Selepas itu saya beri taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan, yang hadir cuma 13 orang saja. Selepas sembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masallah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantar ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya tapi peliknya, mereka juga tidak mempunyai kerata jenazah kerana kerata yang ada sedang digunakan.

Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul memawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya tunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di rumah allahyarham, tiba tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai. "Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk angkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keratanya."

Renungkanlah, kalau tidak ada apa apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu bawa balik vannya.Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia anak murid saya. Dia meminta izin dari saya dalam 10 - 15 minit untuk bersih kan keretanya itu.Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah kuyup. Kereta itu yang dimaksudkan itu sebenarnya lori dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, penahkan kita lihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam?

Dalam perjalanan menuju kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah bantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa apa lagi peristiwa ganjil.Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi - takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Bila sampai saja jenazah kekuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia terlantang atau terlangkup ...... nanuzubillah. Kalau mayat terlangkup .....tak ada harapan untuk mendapat syafaa Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut.

Selepas itu kami injak injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh mensayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak anak

allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang.

Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talkin, saya tengok tanah yang injak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.

Setelah itu saya pulang ke rumah allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri allahyarham apakah yang telah dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya. Apakah dia penah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjib dan anak yatim?

Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya sehingga sekarang, tidak seorang pun anak allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak allahyarham merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristeri orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang mambantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah allahyarham kerana anak anak allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata " Tidak ".

Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu berulang ulang kali dan hingga sampai satu masa nanti, masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

Renungkanlah ................
 


Topik 4 - Kisah Puteri Rasulullah

Berikut adalah kisah Puteri Rasulullah untuk penghayatan kita, semoga ianya memberi pengajaran.

Gembira hatinya, gembiralah Rasulullah.Tertitis air matanya, berdukalah baginda. Dialah satu-satunya puteri yang paling dikasihi oleh junjungan rasul selepas kewafatan isterinya yang paling dicintai, Siti Khadijah.Itulah Siti Fatimah r.a. wanita terkemuka di dunia dan penghuni Surga di akhirat.

Bersuamikan Sayidina Ali bukanlah satu kebanggaan yang menjanjikan kekayaan harta. Kerana Sayidina Ali yang merupakan salah seorang daripada empat Sahabat yang sangat rapat dengan Rasulullah, merupakan kalangan Sahabat yang sangat miskin berbanding dengan yang lain. Namun jauh di sanubari Rasulullah S.A.W. tersimpan perasaan kasih dan sayang yang sangat mendalam terhadapnya. Rasulullah SAW pernah bersabda kepadanya, " Fatimah lebih kucintai daripada engkau, namun dalam pandanganku, engkau lebih mulia daripada dia." (Riwayat Abu Hurairah)

Wanita pilihan untuk lelaki pilihan. Fatimah mewarisi akhlak ibunya Siti Khadijah. Tidak pernah membebani dan menyakiti suami dengan kata-kata atau sikap. Sentiasa senyum menyambut kepulangan suami hingga hilang separuh masaalah suaminya.

Dengan maskahwin hanya 400 dirham hasil jualan baju perang kepada Sayidina Usman Ibnu Affan itu itulah dia memulakan penghidupan dengan wanita yang sangat dimuliakan Allah di dunia dan di Akhirat.

Bukan Sayidina Ali tidak mahu menyediakan seorang pembantu untuk isterinya tetapi sememangnya beliau tidak mampu berbuat demikian. Meskipun beliau cukup tahu isterinya saban hari bertungkus-lumus menguruskan anak-anak, memasak, membasuh dan menggiling tepung dan lebih memenatkan lagi bila terpaksa mengandar air berbatu-batu jauhnya hingga kelihatan tanda di bahu kiri dan kanannya.

Suami mana yang tidak sayangkan isteri. Ada ketikanya bila Sayidina Ali berada di rumah, beliau akan sama-sama menyinsing lengan bersama Siti Fatimah menggiling tepung di dapur."Terima kasih suamiku," bisik Fatimah pada suaminya. Usaha sekecil itu di celah-celah kesibukan sudah cukup berkesan dalam membelai perasaan seorang isteri.

Suatu hari, Rasulullah SAW masuk ke rumah anaknya. Didapati puterinya yang berpakaian kasar itu sedang mengisar biji-biji gandum dalam linangan air mata.

Fatimah segera mengesat air matanya tatkala menyedari kehadiran ayahanda kesayangannya itu. Lalu ditanya oleh baginda, "Wahai buah hatiku, apakah yang engkau tangiskan itu? Semoga Allah menggembirakanmu."

Dalam nada sayu Fatimah berkata, "Wahai ayahanda, sesungguhnya anakmu ini terlalu penat kerana terpaksa mengisar gandum dan menguruskan segala urusan rumah seorang diri. Wahai ayahanda, kiranya tidak keberatan bolehkah ayahanda meminta suamiku menyediakan seorang pembantu untukku?"

Baginda tersenyum seraya bangun mendapatkan kisaran tepung itu. Dengan lafaz Bismillah, junjungan meletakkan segenggam gandum ke dalam kisaran itu. Dengan izin Allah, maka berpusinglah kisaran itu dengan sendirinya. Hati Fatimah sangat terhibur dan merasa sangat gembira dengan hadiah istimewa dari ayahnya itu. Habis semua gandumnya dikisar dan batu kisar itu tidak akan berhenti selagi tidak ada arahan untuk berhenti, sehinggalah Rasulullah menghentikannya.

Berkata Rasul dengan kata-kata yang masyhur, "Wahai Fatimah, Gunung Uhud pernah ditawarkan kepadaku untuk menjadi emas, namun ayahanda memilih untuk keluarga kita kesenangan di Akhirat." Jelas, baginda Rasul mahu mendidik puterinya bahawa kesusahan bukanlah penghalang menjadi solehah.

Ayahanda yang penyayang terus merenung puterinya dengan pandangan kasih sayang, "Puteriku, mahukah engkau kuajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kau pinta itu?"

Tentu sekali ya Rasulullah," jawab Siti Fatimah kegirangan.

Rasulullah bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, 'Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."

Ternyata amalan itu telah memberi kesan kepada Siti Fatimah. Semua kerja rumah dapat dilaksanakan dengan mudah dan sempurna meskipun tanpa pembantu rumah.

Itulah hadiah istimewa dari Allah buat hamba-hamba yang hatinya sentiasa mengingatiNya.
 


Topik 5 - Once Upon A Time In Spain

Suatu sore, pada tahun 1525. Penjara tempat tahanan orang-orang di situ terasa hening mencengkam. Jendral Adolf Roberto, pemimpin penjara yang terkenal bengis, tengah memeriksa setiap kamar tahanan.

Setiap sipir penjara membungkukkan badannya rendah-rendah ketika 'algojo penjara' itu berlalu di hadapan mereka. Karena kalau tidak, sepatu 'jenggel' milik tuan Roberto yang fanatik Kristen itu akan mendarat di wajah mereka. Roberto marah besar ketika dari sebuah kamar tahanan terdengar seseorang mengumandangkan suara-suara yang amat ia benci. Hai...hentikan suara jelekmu! Hentikan...!" Teriak Roberto sekeras-kerasnya sembari membelalakkan mata. Namun apa yang terjadi? Laki-laki di kamar tahanan tadi tetap saja bersenandung dengan khusyu'nya. Roberto bertambah berang. Algojo penjara itu menghampiri kamar tahanan yang luasnya tak lebih sekadar cukup untuk satu orang. Dengan congak ia menyemburkan ludahnya ke wajah renta sang tahanan yang keriput hanya tinggal tulang. Tak puas sampai di situ, ia lalu menyulut wajah dan seluruh badan orang tua renta itu dengan rokoknya yang menyala.

Sungguh ajaib... Tak terdengar secuil pun keluh kesakitan. Bibir yang pucat kering milik sang tahanan amat gengsi untuk meneriakkan kata Rabbi, wa ana 'abduka... Tahanan lain yang menyaksikan kebiadaban itu serentak bertakbir sambil berkata, "Bersabarlah wahai ustadz...InsyaALlah tempatmu di Syurga." Melihat kegigihan orang tua yang dipanggil ustadz oleh sesama tahanan, 'algojo penjara' itu bertambah memuncak amarahnya. Ia memerintahkan pegawai penjara untuk membuka sel, dan ditariknya tubuh orang tua itu keras-keras hingga terjerembab di lantai. "Hai orang tua busuk! Bukankah engkau tahu, aku tidak suka bahasa jelekmu itu?! Aku tidak suka apa-apa yang berhubung dengan agamamu!

Ketahuilah orang tua dungu, bumi Sepanyol ini kini telah berada dalam kekuasaan bapak kami, Tuhan Yesus. Anda telah membuat aku benci dan geram dengan 'suara-suara' yang seharusnya tak pernah terdengar lagi di sini. Sebagai balasannya engkau akan kubunuh. Kecuali, kalau engkau mau minta maaf dan masuk agama kami. Mendengar "khutbah" itu orang tua itu mendongakkan kepala, menatap Roberto dengan tatapan tajam dan dingin. Ia lalu berucap, "Sungguh...aku sangat merindukan kematian, agar aku segera dapat menjumpai kekasihku yang amat kucintai, ALlah. Bila kini aku berada di puncak kebahagiaan karena akan segera menemuiNya, patutkah aku berlutut kepadamu, hai manusia busuk? Jika aku turuti kemauanmu, tentu aku termasuk manusia yang amat bodoh."

Baru saja kata-kata itu terhenti, sepatu lars Roberto sudah mendarat di wajahnya. Laki-laki itu terhuyung. Kemudian jatuh terkapar di lantai penjara dengan wajah bersimbah darah. Ketika itulah dari saku baju penjaranya yang telah lusuh, meluncur sebuah 'buku kecil'. Adolf Roberto bermaksud memungutnya. Namun tangan sang Ustadz telah terlebih dahulu mengambil dan menggenggamnya erat-erat.

"Berikan buku itu, hai laki-laki dungu!" bentak Roberto. "Haram bagi tanganmu yang kafir dan berlumuran dosa untuk menyentuh barang suci ini!", ucap sang ustadz dengan tatapan menghina pada Roberto. Tak ada jalan lain, akhirnya Roberto mengambil jalan paksa untuk mendapatkan buku itu. Sepatu lars berbobot dua kilogram itu ia gunakan untuk menginjak jari-jari tangan sang ustadz yang telah lemah.

Suara gemeretak tulang yang patah terdengar menggetarkan hati. Namun tidak demikian bagi Roberto. Laki-laki bengis itu malah merasa bangga mendengar gemeretak tulang yang terputus. Bahkan 'algojo penjara' itu merasa lebih puas lagi ketika melihat tetesan darah mengalir dari jari-jari musuhnya yang telah hancur.

Setelah tangan renta itu tak berdaya, Roberto memungut buku kecil yang membuatnya penasaran. Perlahan Roberto membuka sampul buku yang telah lusuh. Mendadak algojo itu termenung. "Ah...sepertinya aku pernah mengenal buku ini. Tapi kapan? Ya, aku pernah mengenal buku ini." suara hati Roberto bertanya-tanya. Perlahan Roberto membuka lembaran pertama itu.

Pemuda berumur tiga puluh tahun itu bertambah terkejut tatkala melihat tulisan-tulisan "aneh" dalam buku itu. Rasanya ia pernah mengenal tulisan seperti itu dahulu. Namun, sekarang tak pernah dilihatnya di bumi Sepanyol.

Akhirnya Roberto duduk di samping sang ustadz yang telah melepas nafas-nafas terakhirnya. Wajah bengis sang algojo kini diliputi tanda tanya yang dalam. Mata Roberto rapat terpejam. Ia berusaha keras mengingat peristiwa yang dialaminya sewaktu masih kanak-kanak. Perlahan, sketsa masa lalu itu tergambar kembali dalam ingatan Roberto. Pemuda itu teringat ketika suatu sore di masa kanak-kanaknya terjadi kericuhan besar di negeri tempat kelahirannya ini. Sore itu ia melihat peristiwa yang mengerikan di lapangan Inkuisisi (lapangan tempat pembantaian kaum muslimin di Andalusia). Di tempat itu tengah berlangsung pesta darah dan nyawa. Beribu-ribu jiwa tak berdosa berjatuhan di bumi Andalusia. Di hujung kiri lapangan, beberapa puluh wanita berhijab (jilbab) digantung pada tiang-tiang besi yang terpancang tinggi. Tubuh mereka bergelantungan tertiup angin sore yang kencang, membuat pakaian muslimah yang dikenakan berkibar-kibar di udara. Sementara, di tengah lapangan ratusan pemuda Islam dibakar hidup-hidup pada tiang-tiang salib, hanya karena tidak mau memasuki agama yang dibawa oleh para rahib.

Seorang bocah laki-laki mungil tampan, berumur tujuh tahunan, malam itu masih berdiri tegak di lapangan Inkuisisi yang telah senyap. Korban-korban kebiadaban itu telah syahid semua. Bocah mungil itu mencucurkan airmatanya menatap sang ibu yang terkulai lemah di tiang gantungan. Perlahan-lahan bocah itu mendekati tubuh sang ummi yang sudah tak bernyawa, sembari menggayuti abuyanya.

Sang bocah berkata dengan suara parau, "Ummi, ummi, mari kita pulang. Hari telah malam. Bukankah ummi telah berjanji malam ini akan mengajariku lagi tentang alif, ba, ta, tsa....? Ummi, cepat pulang ke rumah ummi..."

Bocah kecil itu akhirnya menangis keras, ketika sang ummi tak jua menjawab ucapannya. Ia semakin bingung dan takut, tak tahu harus berbuat apa. Untuk pulang ke rumah pun ia tak tahu arah. Akhirnya bocaah itu berteriak memanggil bapaknya, "Abi...Abi...Abi..." Namun ia segera terhenti berteriak memanggil sang bapak ketika teringat kemarin sore bapaknya diseret dari rumah oleh beberapa orang berseragam.

"Hai...siapa kamu?!" teriak segerombolan orang yang tiba-tiba mendekati sang bocah. "Saya Ahmad Izzah, sedang menunggu Ummi..." jawab sang bocah memohon belas kasih. "Hah...siapa namamu bocah, coba ulangi!" bentak salah seorang dari mereka.

"Saya Ahmad Izzah..." sang bocah kembali menjawab dengan agak grogi. Tiba-tiba "plak! sebuah tamparan mendarat di pipi sang bocah. "Hai bocah...! Wajahmu bagus tapi namamu jelek. Aku benci namamu.

Sekarang kuganti namamu dengan nama yang bagus. Namamu sekarang 'Adolf Roberto'...Awas! Jangan kau sebut lagi namamu yang jelek itu. Kalau kau sebut lagi nama lamamu itu, nanti akan kubunuh!" ancam laki-laki itu.

Sang bocah meringis ketakutan, sembari tetap meneteskan air mata. Anak laki-laki mungil itu hanya menurut ketika gerombolan itu membawanya keluar lapangan Inkuisisi. Akhirnya bocah tampan itu hidup bersama mereka.

Roberto sedar dari renungannya yang panjang. Pemuda itu melompat ke arah sang tahanan. Secepat kilat dirobeknya baju penjara yang melekat pada tubuh sang ustadz. Ia mencari-cari sesuatu di pusar laki-laki itu. Ketika ia menemukan sebuah 'tanda hitam' ia berteriak histeris, "Abi...Abi...Abi..."

Ia pun menangis keras, tak ubahnya seperti Ahmad Izzah dulu. Fikirannya terus bergelut dengan masa lalunya. Ia masih ingat betul, bahwa buku kecil yang ada di dalam genggamannya adalah Kitab Suci milik bapanya, yang dulu sering dibawa dan dibaca ayahnya ketika hendak menidurkannya. Ia jua ingat betul ayahnya mempunyai 'tanda hitam' pada bahagian pusar.

Pemuda beringas itu terus meraung dan memeluk erat tubuh renta nan lemah. Tampak sekali ada penyesalan yang amat dalam atas ulahnya selama ini. Lidahnya yang sudah berpuluh-puluh tahun alpa akan Islam, saat itu dengan spontan menyebut, "Abi... aku masih ingat alif, ba, ta, tha..." Hanya sebatas kata itu yang masih terakam dalam benaknya.

Sang ustadz segera membuka mata ketika merasakan ada tetesan hangat yang membasahi wajahnya. Dengan tatapan samar dia masih dapat melihat seseorang yang tadi menyeksanya habis-habisan kini tengah memeluknya. "Tunjuki aku pada jalan yang telah engkau tempuhi Abi, tunjukkan aku pada jalan itu..." Terdengar suara Roberto memelas.

Sang ustadz tengah mengatur nafas untuk berkata-kata, ia lalu memejamkan matanya. Air matanya pun turut berlinang. Betapa tidak, jika sekian puluh tahun kemudian, ternyata ia masih sempat berjumpa dengan buah hatinya, di tempat ini. Sungguh tak masuk akal. Ini semata-mata bukti kebesaran ALlah.

Sang Abi dengan susah payah masih bisa berucap. "Anakku, pergilah engkau ke Mesir. Di sana banyak saudaramu. Katakan saja bahwa engkau kenal dengan Syaikh Abdullah Fattah Ismail Al-Andalusy. Belajarlah engkau di negeri itu,"

Setelah selesai berpesan sang ustadz menghembuskan nafas terakhir dengan berbekal kalimah indah "Asyahadu anla Illaaha ilALlah, wa asyahadu anna Muhammad Rasullullah...'. Beliau pergi dengan menemui Rabbnya dengan tersenyum, setelah sekian lama berjuang di bumi yang fana ini.

Kini Ahmah Izzah telah menjadi seorang alim di Mesir. Seluruh hidupnya dibaktikan untuk agamanya, 'Islam, sebagai ganti kekafiran yang di masa muda sempat disandangnya. Banyak pemuda Islam dari berbagai penjuru berguru dengannya..." Al-Ustadz Ahmad Izzah Al-Andalusy.

Benarlah firman ALlah...

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama ALlah, tetaplah atas fitrah ALlah yang telah menciptakan manusia menurut fitrahnya itu. Tidak ada perubahan atas fitrah ALlah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui."
(QS 30:30)
 


Topik 6 - Paku-Paku Di Tiang

Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat, suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol, dan seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.

Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang ini. Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan kucabut keluar dari tiang ini."

Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia akan memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut keluar paku dari tiang.

Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas. Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan tiang itu dipenuhi dengan paku-paku. Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.

Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam diri Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang. Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya. Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal, hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku cabutkannya keluar sekarang. Tidakkah kamu gembira?"

Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis teresak-esak. "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada."

Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana parut- parut lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."

Ikhwah dan akhawat yang dimuliakan,

Dengan dosa-dosa dan kemungkaran yang seringkali diulangi hinggakanmenjadi suatu kebiasaan (habit), kita mungkin boleh mengatasinya, atau secara berangsur-ansur menghapuskannya, tapi ingatlah bahawa parut-parutnya akan kekal. Dari itu, bilamana kita menyedari diri ini melakukan suatu kemungkaran, ataupun sedang diambang pintu habit yang buruk, maka berhentilah serta-merta. Kerana setiap kali kita bergelimang dalam kemungkaran, maka kita telah membenamkan sebilah paku lagi yang akan meninggalkan parut pada jiwa kita, meskipun paku itu kita cabut kemudiannya. Apatah lagi kalau kita biarkan ianya berkarat dalam diri ini sebelum dicabut. Lebih-lebih lagilah kalau dibiarkan berkarat dan tak dicabut.
 


Topik 7 - Raja Dalam Sehari

Alhamdulillah kita semua masih diberi waktu oleh Allah SWT untuk dapat kembali berkumpul pada malam hari ini dalam majlis ilmu yang bertujuan untuk mengkaji nilai-nilai Islam dalam rangka meninggikan akal, majlis yang sangat mulia yang dalam salah satu hadith dikatakan bahwa diatas pundak setiap pesertanya yang beriman malaikat duduk bersusun-susun sampai ke Ar-Rasy (Singgasana Allah). Insya Allah.

Dalam kesempatan yang diberikan kepada saya saat ini, materi yang ingin saya sampaikan pada malam hari ini mungkin akan terdengar sangat ringan bagi rekan2 karena dalam gaya bahasa Dongeng dan rekaan.

Materi ini saya maksudkan sebagai bahan refreshing dari materi2 "berat" yang selama ini kita terima di Majlis ini.

Dongeng ini walaupun hanya merupakan karangan belaka diharapkan dapat membawa pesan yang sangat Arif kepada kita semua, Insya Allah dapat membawa manfaat yang baik untuk direnungkan.

Baiklah akan saya mulai dongeng ini....

Cerita ini didengar dari seorang guru yang bijaksana yang saya temui ketika berada di negeri antah berantah:

Alkisah pada suatu hari, adalah suatu kerajaan yang makmur yang bernama Kerajaan Nobles dengan pemimpinnya yang sangat dihormati yaitu yang mulia Raja Azmer. Dalam peperangan ia adalah ahli strategi dan Panglima yang berani. Dalam masa aman, ia adalah hakim dan ahli ekonomi. Ia adalah kebanggaan rakyat Nobles, bahkan musuhnya pun menghormatinya. Tidak mengherankan apabila Kerajaan Nobles dan Rajanya selalu menjadi bahan pembicaraan para kafilah.

Sang Raja mempunyai kebiasaan yang tidak biasa. Setiap malam, bersama dengan salah seorang pelayan setianya, ia berjalan mengelilingi daerah kerajaannya dengan menyamar. Ini dilakukannya karena ia ingin melihat sendiri kondisi dan situasi rakyatnya. Satu malam, sampailah perjalannya disuatu gubuk kecil. Secara sepintas raja melihat bahwa yang tinggal di gubuk tersebut adalah Ibu dan Anaknya satu-satunya. Melihat ukurannya dan penampilan dari gubug tersebut, Raja sangat risau karena menyadari bahwa di Kerajaannya yang makmur masih ada orang yang hidup dibawah garis kemiskinan. ini membuatnya sedih. Dengan perasaan curiga, Sang Raja mengintip melalui jendela. Di sana ia melihat Ibu yang tengah berusaha keras untuk menenangkan anaknya dari rasa lapar.

"Sabarlah anakku, Mungkin besok kita akan beruntung untuk mendapatkan sesuatu yang bisa kita makan."

"Telah tiga hari kita dalam keadaan begini buu dan kita juga tidak mempunyai apa2 lagi yang dapat dijual."

"Besok nak," kata sang Ibu setelah terdiam sejenak. " Saya akan menghadap Raja. Saya dengan Ia adalah Raja yang baik dan Pemurah. Saya akan memohon diberi sedikit makanan. Saya harap beliau tidak keberatan".

Mendengar ini, Sang Raja terharu, kemudian ia berjanji pada diri sendiri bahwa ia akan menjadikan anak tersebut Raja pada esok hari, sehingga ketika Ibunya datang, sang Anak akan dapat melimpahkan kepada sang Ibu kemakmuran kerajaan.

"Bawa anak itu ke kerajaan sewaktu ia tidur dan baringkan dia di atas tempat tidurku" perintah sang Raja. "Sejak sekarang sampai ia tidur esok hari, ia adalah Rajamu." dan Pelayan mematuhi perintah sang Raja.

Kehangatan mentari pagi yang menembus melalui celah jendela membangunkan sang Anak pada hari berikutnya. Pelayan-pelayanpun berdatangan memasuki ruangan dengan nampan yang berisi makanan yang banyak dan lezat.

"Selamat pagi yang Mulia. Sarapan anda telah siap."

"Ss..siapakah kamu?" tanya sang Anak.

"Kami adalah pelayan Tuan, oh Tuanku yang bijaksana."

"Dan.. siapakah saya ini? mengapa kamu memanggilku Tuan?"

"Tuan adalah Raja kami yang sangat kami cintai, Sang pelindung Tahta kerajaan."

"Kamu pembohong, apakah saya bermimpi?"

"Mohon maaf Tuanku, saya telah menyinggung Tuan, mohon agar saya dimaafkan, yang Mulia."

"Tidak... tidak apa apa.... kamu saya maafkan." lanjut sang Anak, masih dengan keheranan dan masih belum yakin dengan apa yang dialaminya. Dia dengan cepat melupakan masalah tersebut karena dilihatnya nampan yang berisi makanan dan ia teringat bahwa ia sangat lapar dan belum makan selama tiga hari. Ia kemudian memakan sarapannya dengan lahap tanpa menanyakan apa apa lagi. Selesai dengan sarapannya, pelayan2 yang lain datang memasuki ruangan Raja dan menyiapkannya untuk mandi. Setelah mandi, iapun pergi ke taman kerajaan yang sangat indah yang mengelilingi kerajaan, kemudia bermain2 dengan anak2 para bangsawan lainnya, serta berenang di kolam renang kerajaan. Pelayan2 selalu dengan setia menjaganya dan menyediakan apa apa yang diinginkan dengan sekejap mata. Ia sangat bahagia. Ia menikmati hidup barunya sebagai Raja dengan sepenuh hati, dan Ia melupakan bahwa kemarin ia bukanlah apa apa.

Setelah selesai makan siang, datanglah waktu untuk duduk di Singgasana dan melaksanakan salah satu tugasnya sebagai Raja untuk menjadi penengah / hakim untuk mencari jalan keluar atas masalah2 yang timbul di masyarakatnya. Kemudian iapun duduk di Singgasana, disampingnya berdiri sang Perdana Menteri yang sebenarnya adalah Raja Azmer sendiri. Satu demi satu, rakyat yang mempunyai permasalahan menghadap Raja baik masalah untuk menyelesaikan pertikaian maupun masalah2 lainnya. Dengan bantuan "Perdana Menteri", ia dapat menyelesaikan masalah2 tersebut dengan bijaksana. Ia sangat menikmati dan senang sekali ketika rakyat sangat berterima kasih padanya. Kemudian datanglah saat yang di nantikan yaitu ketika giliran sang Ibu menghadap. Dari tempatnya dibawah sana, sang Ibu tidak dapat melihat sang Raja secara jelas karena penglihatannya telah rabun. Lagipula, perasaan rendahnya menghalalnginya untuk melihat Raja secara langsung. Itulah sebabnya kenapa sang Ibu tidak mengenali anaknya. Namun bagaimanapun, sang Anak dapat mengenali ibunya. Dan setelah sang Ibu menceritakan duduk permasalahannya, sang Anak pun memberikan titahnya. "Berikan ia tiga karung gandum dan tiga kantung koin emas", titah sang Anak. Titahnya membuat sang "Perdana Menteri" sangat terkejut. karena ia sangat yakin bahwa sang Anak yang diberi kesempatan untuk menjadi Raja akan memberikan lebih dari itu untuk ibunya. "Beri ia lebih banyak, yang Mulia. Kerajaan kita sangat kaya, kita lebih dari sanggup untuk memberinya lebih dari itu." "Tidak,"jawab sang Anak. "Itu sudah cukup untuknya." sang Anak berpikir bahwa sekarang ia adalah Raja dan ia juga mengira kalau ia tidak akan dikembalikan lagi ke kehidupannya semula dalam gubuk.

Bendahara kerajaan juga sangat terkejut dengan keputusan tersebut dan memperlihatkan perhitungan serta gambaran mengenai harta kerajaan. "Yang Mulia, menurut perhitungan hamba, walaupun Tuanku memberikan sepuluh lumbung gandum yang besar dan sepuluh gudang koin emas tidak akan mempengaruhi harta kerajaan sedikitpun, untuk itu saya menyarankan untuk memberinya lebih dari itu." "Tidak, saya telah memperintahkan untuk memberikan tiga karung gandum dan tiga kantung koin emas, itu sudah cukup untuknya." Mentri2 lainnya juga ikut menyarankannya untuk memberikan lebih, tapi sang Anak menolaknya dan akhirnya ia tersinggung dan marah. "Berikan dia apa yang telah saya titahkan dan berhenti untuk meragukan keputusanku !!!", katanya dengan marah. Kemudian, Para pelayan memberikan sang Ibu menurut apa yang diperintahkan yaitu tiga karung gandum dan tiga kantung koin emas, dengan sangat gembira sang Ibu pun berlalu dan sesegera mungkin pulang ke gubugnya.

Sang Anak tetap duduk di Singgasana sampai masalah terakhir terselesaikan. Kemudian ia melanjutkan mainnya dan bersenang2 sampai saat makan malam. Setelah makan malam, ia merasa letih dan kemudian tertidur. "Saya telah memenuhi janji saya. Kembalikan ia ke Gubug Ibunya.", Raja Azmer memerintahkan pelayannya untuk membawa sang Anak kembali ke rumahnya.

The next mornig, he wakes up and finds himself on his old bed. He sees his mother cooking and approachs her. "I have a strange dream last night," he said. "In that dream, I became a King. I saw you came to me and I gave you three sacks of wheat and three pouches of gold coins." "That is a very strange dream," said the other. "The King did give me three sacks of wheat and three pouches of gold coins yesterday."

Hari berikutnya ia terbangun dan mendapati dirinya diatas kasur tuanya. Ia melihat ibunya memasak dan kemudian mendekatinya. "Tadi malam saya bermimpi aneh," katanya. "Dalam mimpiku, Saya menjadi Raja. Saya melihat Ibu menghadap kepadaku dan saya memberikan Ibu tiga karung gandum dan tiga kantung koin emas." "Itu mimpi yang sangat aneh," kata sang Ibu. "Raja benar telah memberikan saya apa yang kamu katakan, kemarin."

Dalam waktu singkat sampailah ia di Istana, menghadap Raja dengan membungkukan badan dan bermohon. "Yang Mulia, saya menyesali keputusan saya kemarin. Mohon, izinkan saya untuk duduk diatas singgasana untuk satu hari lagi sehingga saya dapat memberikan Ibu saya lebih dari apa yang telah saya berikan kelmarin." "Tidak," Titah sang Raja. "Kesempatanmu telah habis." "Mohon maaf atas keragu2an saya yang Mulia, mohon izinkan saya hanya untuk satu jam saja" "Tidak," Titah sang Raja. "Telah kupenuhi janjiku." "Mohon, hanya satu menit saja yang Mulia, hanya untuk memerintahkan untuk memberikan lebih kepada Ibuku." Mohon sang Anak sambil menangis. "Anakku..."kata sang Raja setelah beberapa saat. "Kamu telah mendapatkan waktu yang lebih dari cukup kemarin, tapi kamu tidak menggunakannya dengan bijaksana. Saya tidak akan memberikanmu kesempatan kedua. Apapun yang telah kamu berikan kepada Ibumu, itulah milikmu atas keputusanmu sendiri. Sekarang pulanglah."

Sampai beberapa menit setelah sang Guru menyelesaikan ceritanya, saya masih belum dapat menangkap maksud dari Kisahnya tersebut. Ia terdiam sejenak dan kemudian melanjutkan:

Dia-lah yang menjadikan kamu khalifah.-khalifah di muka bumi. Barangsiapa yang kafir, maka (akibat) kekafirannya menimpa dirinya sendiri. Dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kemurkaan pada sisi Tuhan-nya dan kekafiran orang-orang yang kafir itu tidak lain hanyalah akan menambah kerugian mereka belaka. (QS. 35:39)
Allah telah menjadikan kita Khalifah dimuka bumi, di Kerajaannya, di Siggasananya. Namun, kita manusia selalu lupa bahwa kita tidak selamanya berada disini. Kita selalu merasa bahwa kita akan hidup selamanya, sama seperti apa yang dikira oleh sang Anak. Kita seolah2 tidak percaya bahwa pada suatu hari dengan sebab yang hanya Allah yang tahu, entah bila "setelah kita menjadi tua renta" atau "esok hari" kita akan kembali ke tempat dimana seharusnya kita berada.
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan sendau gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu memahaminya!"(QS. 6:32)
"Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi itu (sumber) penghidupan. Amat sedikitlah kamu bersyukur." (QS. 7:10)
Apapun Amal yang telah kita berikan kepada hidup kita, kepada Islam, kepada Dien kita selama pinjaman waktu ini adalah hak milik kita, dan hanyalah itu satu2nya yang akan kita bawa pulang. Seperti yang telah diberikan Sang Anak ke Ibunya.
"Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat-Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini Mereka berkata:"Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir." (QS. 6:130)
Kemakmuran di dunia tidak akan ikut bersama kita, tidak juga kuburan kita. Banyak orang yang juga telah berusaha untuk mengingatkan kita, memberitahu kita untuk beramal Dien kita sebanyak mungkin. Bahkan Allah melalui perantaraan Rasulullah (Al-Quran dan Hadith) dan juga Sahabat ra. serta ulil Amri diantara kita telah mencoba meyakinkan kita betapa pentingnya melaksanakan perintah Allah dan memberikan lebih banyak untuk Dien kita Setiap orang dari kita menghadapi bermacam2 masalah dan persoalan selama hidup dan secara gemilang terpecahkan dengan baik. Tapi bila dihadapkan pada masalah Dienullah, bagaimanapun kita cenderung untuk memberikan sesedikit mungkin karena kita beranggapan bahwa hal itu tidak penting. Dan ketika datang saat bagi kita untuk menyerahkan apa yang kita miliki dan gemerlapnya dunia, itu sudah terlambat. Dan bagaikan sang Anak yang memohon dan merengek2 untuk diberikan kesempatan kedua kalinya, dan itu tidak akan diberikan kepada kita"
"(Yaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat siksa; dan (ketika) segala hubungan di antara mereka terputus sama sekali." (QS. 2:166)
Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti:
"Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka, sebagaimana mereka berlepas diri dari kami". Demikianlah Allah memperlihatkan kepada mereka amal perbuatannya menjadi sesalan bagi mereka; dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api neraka. (QS. 2:167)
Sebelum saya tutup bahasan saya mohon Ikhwan dan Akhwan merenungkan ayat dibawah ini :
Dan peliharalah dirimu dari (azab yang terjadi pada) hari yang pada waktu itu kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian masing-masing diri diberi balasan yang sempurna terhadap apa yang telah dikerjakannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya. (QS. 2:281)
Katakanlah:"Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupki dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam, (QS. 6:162)
Sekian dulu "Dongeng" dan Materi yang ingin saya sampaikan Insya Allah dapat menjadi bahan renungan bagi Ikhwan dan Akhwat sekalian. Insya Allah apa yang saya sampaikan ini bukan apa apa yang dilarang oleh Allah dan Insya Allah saya bukan termasuk orang2 yang memperolok2an ayat.

Akhirul kata, bila apa yang saya sampaikan ini kebenaran Insya Allah datangnya dari Allah karena Kebenaran hanyalah milik Allah dan bila ada kesalahan datangnya hanyalah dari saya pribadi karena sebagai manusia saya tidak luput dari kesalahan dan saya berlindung kepada Allah SWT dari godaan syaitan.

Subhanaka allahuma wabihamdika asyhadu ala illa ha illa anta astaghfiruka wa atubuu illaik.
 


First created : Monday, 11 May 1998, 10.00 pm.

© 1996 Hazhar Ismail