Berpuasa Di Bulan Ramadhan

  1. Persediaan untuk berpuasa
  2. Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa.
  3. Cara berbuka (& sahur) yang berkesan.
  4. Cara berpuasa yang tidak berkesan.
  5. Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia
  6. Fasa-fasa puasa yang berjaya
  7. Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa
  8. Manfaat puasa yang berkekalan

A. Persediaan untuk berpuasa.

Seminggu sebelum berpuasa kita dikehendaki mengurangkan kadar makanan kita dan lebihkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Pastikan pembuangan air besar lawas.

B. Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa.

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau, kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa, sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah, sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan. Pesanan : Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

C. Cara berbuka (& sahur) yang berkesan.

    1. Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water filter)
    2. Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
    3. Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak, berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur + protin sayur seperti tauhu & kekacang.
    4. kurangkan kadar makanan dari biasa
    5. JANGAN minum air sambil makan. InsyaAllah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
    6. Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk + biji selasih sebanyak yang terminum, 1 jam selepas makan. (Makan sahurpun begitu juga dengan makan buah + susu atau sebarang makanan cecair.)

D. Cara berpuasa yang tidak berkesan.

    1. Makan terlalu banyak (waktu sahur & berbuka)
    2. Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
    3. Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
    4. Mengulangi makan sepanjang malam.
    5. Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
    6. Tidur selepas kenyang makan

E. Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahan kimia

    1. Kopi dan teh.
    2. Air paip masak yang tidak ditapis
    3. Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
    4. Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
    5. Merokok

F. Fasa-fasa puasa yang berjaya

Fasa pertama (2-3 hari)
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukos dalam darah rendah)
Fasa kedua (3-14 hari)
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu
Fasa ketiga (14-akhir puasa)
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukos menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental, emosi dan badan semakin optima dan anda menjadi orang baru.

Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis & ketosis di dalam badan berjalan lancar.

G. Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa

H. Manfaat puasa yang berkekalan

 Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s.a.w. "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."  


Tiga Golongan Manusia Berpuasa..

Pertama, mereka berpuasa kerana sedar dan insaf perintah Allah yang diwajibkan keatasnya. Dia malu untuk meninggalkan puasa itu kerana sedar Allah telah memberi terlalu banyak rahmat kepadanya, dan dia juga malu kepada manusia beriman yang lain yang berlapar serta dahaga sehari suntuk kerana Allah Subhanahu wataala. Dengan kata lain ...mereka berpuasa kerana malu terhadap Allah dan manusia.Mereka berpuasa kerana semata-mata patuh dan taat kepada perintah Allah. Golongan ini akan sentiasa berhati-hati menjaga puasanya dari perkara yang membatalkan ibadatnya. Mereka bukan sahaja menjaga puasanya itu dari makan dan minum bahkan setiap tindak tanduk, perbuatan anggota, budi bicara, gerak hati serta lintasan fikiran sentiasa dikawal supaya tidak melakukan perkara yang membawa keburukan.

Mereka berasa malu kepada Allah sekiranya puasa mereka itu tidak sempurna. Hati mereka sentiasa bimbang jika puasa mereka tidak diterima Allah apabila selesai saja waktu berbuka. Malu mereka kepada Allah menebal kerana pelbagai nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka selama ini dirasakan tidak setimpal dengan ketaqwaannya kepada Allah. Oleh kerana itu..dimana-mana sekali pun..sama ada di depan manusia atau bila bersendirian.mereka akan tetap memelihara puasa..kerana mereka yakin akan sabda Rasulullah S.A.W " Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya. Walaupun engkau tidak dapat melihatnya, sesungguhnya ketahuilah bahawa Dia dapat melihat engkau"

Golongan kedua..mereka berpuasa semata-mata kerana malu kepada manusia tetapi tidak kepada Allah. Golongan ini biasanya berpuasa kerana malu kepada manusia lain yang berpuasa dan kerana ingin menunjuk-nunjuk atau riak. Mereka berasa bangga apabila dia dikatakan seorang yang rajin dan suka berpuasa. Tetapi jika tidak ada orang yang memujinya...semangat untuk berpuasa akan luntur dan hilang. Biasanya orang seperti ini hanya berpuasa di hadapan khalayak ramai. Tetapi bila berseorangan di rumah atau di kawasan terpencil, dia akan berbuka. Iman golongan ini belum mencapai darjat "Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatnya, walaupun engkau tidak dapat melihatnya, sesungguhnya dia dapat melihat engkau".

Sikap golongan ini sebenarnya mereka tidak amanah dengan Allah..dan lebih-lebih lagi..terhadap diri sendiri. Golongan ini termasuk dalam firman Allah yang bermaksud "Mereka menipu Allah dan orang yang beriman. Padahal tidaklah mereka itu menipu melainkan diri mereka sendiri, sedangkan mereka tidak sedar."

Golongan ketiga, mereka langsung tidak berpuasa kerana tidak malu kepada manusia. Apatah lagi Allah yang Maha Melihat. Golongan inilah yang paling hina di sisi Allah. Sebenarnya mereka tidak berpuasa kerana tidak mempunyai iman dan tidak malukan Allah dan juga manusia yang berpuasa. Mereka ini tidak segan silu untuk makan di khalayak ramai seolah-olah bulan puasa sama saja dengan bulan-bulan yang lain. Lebih jahil lagi apabila golongan ini menuduh orang yang berpuasa sebagai bodoh dan menyiksa diri sendiri. Mereka berasa seolah-olah pada masa itu mereka bukan termasuk dalam golongan orang Islam. Tetapi yang peliknya apabila saat hari raya. Golongan inilah yang lebih dulu membuat persiapan untuk menyambut hari raya. Padahal sebelum itu mereka sanggup mencemuh agama dan orang yang berpuasa dengan bermacam-macam cemuhan.

Semua ini terjadi kerana perasaan malu sudah tidak ada dalam diri mereka. Apabila perasaan malu ini sudah tidak wujud dalam diri mereka, mereka sanggup melakukan apa saja yang dikehendaki sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W "Jika engkau tidak mempunyai malu perbuatlah apa yang engkau suka"

 


Panduan Mengqadha Shaum Ramadhan Dan Pelaksanaan Shaum Sunnah Enam Hari Bulan Syawal

  1. Diriwayatkan dari Aisyah ra, ia berkata : Adalah salah seorang di antara kami tidak shaum pada bulan Ramadhann pada zaman Rasulullah saw. maka ia tidak sanggup mengqadhanya (membayar shaum yang ditingalkan) sehingga datang bulan sya'ban (yakni pada bulan sya'ban baru bisa membayar shaumnya). (HR Muslim)
  2. Diriwayatkan dari Aisyah ra. ia berkata : Adalah saya mempunyai hutang shaum bulan Ramadhan, saya tidak mampu membayarnya sampai datang bulan sya'ban. (HR Bukhary )
  3. Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda : Barang siapa yang shaum pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti shaum enam hari pada bulan syawal adalah seperti shaum setahun penuh. (HR Muslim)

Kesimpulan

Hadits-hadits di atas memberi pelajaran kepada kita bahwa :
  1. Barangsiapa yang mempunyai hutang shaum bulan Ramadhan, hendaklah segera diqadha (dibayar) secepat mungkin jangan di tunda-tunda kecuali karena ada uzur dan terpaksa di tunda meskipun sampai bulan sya'ban. ( dalil : 2 )
  2. Disunnahkan shaum enam hari pada bulan syawal dengan syarat shaum Ramadhannya sudah lengkap, tidak ada hutang.
  3. Pengamalan shaum enam hari pada bulan Syawal ini dapat dikerjakan secara berurutan (enam hari berturut-turut) atau berselang-seling (tidak berurutan). Yang penting pelaksanaanya adalah selama bulan Syawal.
 


Kelebihan Solat Sunat Terawih

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali r.a. daripada Rasulullah s.a.w. tentang kelebihan solat sunat terawih pada bulan ramadhan
 
 
Malam 1  keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. 
Malam 2  diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang yang beriman) 
Malam 3  berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. 
Malam 4  memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. 
Malam 5  Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang senbahyang di Masjid Haram, Masjid Madinah dan Masjid Aqsa. 
Malam 6  Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 000 Malaikat sekali tawaf ), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan terawih pada malam itu. 
Malam 7  Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman. 
Malam 8  Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih seperti mana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam. 
Malam 9  Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad s.a.w. 
Malam 10  Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat. 
Malam 11  Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan. 
Malam 12  Datang ia pada hari qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya) 
Malam 13  Datang ia pada hari qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan. 
Malam 14  Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari qiamat. 
Malam 15  Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, bersolawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya. 
Malam 16  Allah SWT tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga. 
Malam 17  Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala nabi-nabi. 
Malam 18  Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati) . 
Malam 19  Allah SWT tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus. 
Malam 20  Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin. 
Malam 21  Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur. 
Malam 22  Datang ia pada hari qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang Mahsyar). 
Malam 23  Allah SWT binakan kepadanya sebuah bandar di dalam syurga daripada nur. 
Malam 24  Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud). 
Malam 25  Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur. 
Malam 26  Allah kurniakan kepada orang yang berterawih pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat. 
Malam 27  Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar. 
Malam 28  Allah SWT kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat. 
Malam 29  Allah SWT kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur. 
Malam 30  Allah SWT beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman, 

"Hai hambaKu, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingin hendak makan di dalam syurga yang bernama Salsabila,serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama " Al-Kauthar". 

 


Meriahkan Ramadhan Dengan Al-Quran

 Marilah kita memperingati peristiwa yang sangat besar yang dipilih oleh Allah SWT untuk dilakukan di bulan Ramadhan al-Mubarak yang mulia ini iaitu peristiwa Nuzul al-Quran atau turunnya al-Quran.

Perkara ini di sebut oleh Allah SWT di dalam firman-Nya yang bermaksud:
 
"Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan keterangan-keterangan daripada petunjuk dan yang membezakan yakni di antara yang benar dan yang batil."
(Al-Baqarah: 185)
Allah SWT menurunkan al-Quran yang terkandung di dalamnya petunjuk yang tidak boleh diragukan walau sedikit pun. Firman Allah Taala:
 
"Kitab ini tidak syak lagi menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa." 
(Surah Al- Baqarah ayat: 2) 
Peristiwa yang dinyatakan oleh al-Quran samada nyata atau ghaib, peristiwa yang lalu atau yang akan datang, hukum hakam yang mesti dilaksanakan, perintah dan larangan, segala kisah-kisah dan berita-berita semuanya betul dan memberi petunjuk ke jalan yang betul.

Firman Allah Taala yang bermaksud:
 
"Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang paling benar."
(Al-Israk: 9) 
Untuk mengetahui bagaimana berpegang dan berpandu dengan al-Quran ialah batang tubuh Rasulullah s.a.w sendiri. Baginda ialah penafsir yang tidak boleh dicabar, disangkal dan disanggah walau sedikit pun.

Baginda ialah penafsir yang hidup yang dipilih oleh Allah SWT bagi menunjukkan kepada manusia dan hamba-hamba-Nya bagaimana beramal dengan al-Quranul Karim bermula dari membacanya, berakhlak dengan akhlak al-Quran, seterusnya beramal dengan al-Quran bagi kehidupan seluruhnya.

Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w menjadi contoh pembaca al-Quran yang paling baik. Apabila Rasulullah s.a.w membaca al-Quran baginda memberi hak kepada setiap huruf yang dilafazkan. Akhlak Rasulullah s.a.w terpancar daripada al-Quran. Apabila ditanya Ummul Mukminin Aisyah r.a anha berhubung dengan akhlak Rasulullah s.a.w, beliau menjawab: "Adalah akhlak Rasulullah s.a.w al-Quran".

Seterusnya Rasulullah s.a.w menunjukkan bagaimana mengamalkan al-Quran itu di dalam hubungan dengan Allah Taala, dalam soal ibadat, dalam hubungan dengan dirinya, dalam perkara makan minum, pakaian dan tempat tinggal, dalam hubungan dengan manusia dan makhluk-makhluk lain.

Seterusnya bagaimana Rasulullah s.a.w mendirikan rumahtangga dan keluarga, mendirikan negara dan masyarakat, melaksanakan undang-undang, mengadakan perdamaian dan hubungan dengan negara asing.

Semuanya ditunjukkan oleh al-Quran. Tidak ada sebab bagi umat Islam mencari petunjuk yang lain daripada al-Quran. Apabila para sahabat tertarik dengan kisah-kisah yang dibawa oleh ahli kitab di dalam kitab-kitab mereka.

Para sahabat meminta izin daripada Rasulullah s.a.w untuk menyalin dan dibukukan kisah-kisah itu. Rasulullah s.a.w memarahi mereka dengan bersabda:
 
"Adakah kamu pandai mengada-ngadakan, sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada kamu al-Quran, perkara yang terang dan nyata.Sekiranya Nabi Musa masih hidup maka wajib bagi beliau beriman dengan al-Quran".
(hadith riwayat Al-Bukhari). 
Umat Islam hendaklah berwaspada dalam perkara ini. Ini menunjukkan betapa wajib umat Islam berpegang dengan kitab Allah dan meninggalkan semua yang bercanggah dengannya.

Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya menentang golongan yang cuba menyeleweng daripada ajaran al-Quran sebagaimana sabdanya: "Akan zahir zaman golongan manusia yang mudah bercakap, berpandangan cetek dan rendah dan kebudak-budakan.
 
"Mereka keluar daripada agama dengan mudah, laksana panah daripada busurnya." 
Para ulama menafsirkan bahawa mereka ini di waktu pagi percaya kepada Islam tetapi di sebelah petangnya menjadi kafir, dan di sebelah petangnya Islam kemudian kafir pada esok paginya.

Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah memerangi mereka. Sesungguhnya memerangi mereka mendapat pahala yang besar di sisi Allah di hari Kiamat. Firman Allah Taala yang bermaksud:
 
"Dan jika sekiranya kamu ragu dengan apa yang kami turunkan (al-Quran) kepada hamba kami (Muhamad) silalah kamu bawa satu surah sepertinya. Ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah sekiranya kamu benar. Maka sekiranya kamu tidak dapat melakukannya dan kamu memang tidak dapat melakukannya, takutlah kamu akan neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu, disediakan kepada orang-orang kafir."
(Al-Baqarah 23). 
 


First created : Monday, 11 May 1998, 9.58 pm.

© 1996 Hazhar Ismail