Hadith 1 - Peringatan buat diriku yang alpa

Anas bin Malik r.a. telah berkata yang bermaksud:-
  1. Wahai manusia! engkau berlari-lari di atas belakangku, tempat kembalimu adalah di dalam perutku.
  2. Wahai manusia! engkau melakukan maksiat di atas belakangku, engkau akan diseksa adalah di dalam perutku.
  3. Wahai manusia! engkau ketawa di atas belakangku, engkau akan menangis di dalam perutku.
  4. Wahai manusia! engkau bergembira di atas belakangku, engkau akan bersedih di dalam perutku.
  5. Wahai manusia! engkau mengumpulkan harta di atas belakangku, engkau akan menyesal di dalam perutku.
  6. Wahai manusia! engkau memakan yang haram di atas belakangku, engkau akan dimakan ulat di dalam perutku.
  7. Wahai manusia! engkau sombong di atas belakangku, engkau akan menjadi hina di dalam perutku.
  8. Wahai manusia! engkau berjalan dengan keadaan sukacita di atas belakangku.
  9. Wahai manusia! engkau engkau berjalan dalam cahaya yang terang di atas belakangku, engkau akan jatuh ke tempat gelap di dalam perutku.
  10. Wahai manusia! engkau berjalan di khalayak ramai di atas belakangku, engkau akan menjadi sendirian di dalam perutku.


Hadith 2 - Harta Simpanan

Pernah diriwayatkan bahawa Usman r.a telah menafsirkan firman Allah yang bermaksud :
    "Dan di bawah rumahnya ada harta simpanan milik keduanya. Dan bapa keduanya adalah orang yang soleh."
Beliau berkata bahawa yang dimaksudkan dengan 'Harta simpanan' dalam ayat ini ialah 'Sekeping emas dan padanya ada tertulis tujuh kalimah :
  1. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
  2. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
  3. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
  4. Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
  5. Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpul harta.
  6. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
  7. Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.


Hadith 3 - Manusia berdiri di depan enam persimpangan

Dari Abu Bakar r.a yang bermaksud :


Hadith 4 - Nafsu adalah kapal dosa

Dari Yahya bin Mu'az Ar Radzi berkata yang bermaksud:
"ILMU adalah petunjuk amal,
FAHAM adalah peti ilmu.
AKAL adalah pemimpin bagi kebaikan,
NAFSU adalah kapal dosa.
HARTA adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong dan
DUNIA adalah pekan akhirat."


Hadith 5 - Orang yang banyak bercakap akan banyak kesalahannya

Dari Umar r.a yang bermaksud:
    "Siapa yang banyak ketawa, maka sedikit hormat orang kepadanya.
    Siapa yang memandang rendah terhadap manusia, maka dirinya juga dipandang rendah oleh orang lain.
    Siapa yang banyak melakukan sesuatu, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
    Siapa yang banyak bercakap, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
    Siapa yang banyak kesalahannya, maka sedikit malunya.
    Siapa yang sedikit malunya, maka sedikit waraknya. dan.....
    Siapa yang sedikit waraknya, maka mati hatinya."


Hadith 6 - Enam perkara yang merosakkan hati

Dari Hassan Basri yang bermaksud:


Hadith 7 - Lapan anugerah dan orang-orang yang memperolehinya

Dari Umar r.a telah berkata yang bermaksud:
  1. Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.
  2. Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekusyukan hati.
  3. Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahkan kepadanya kehebatan (dalam dirinya).
  4. Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahkan kepadanya kelazatan ibadah.
  5. Siapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahkan kepadanya keindahan (budi bahasanya).
  6. Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, ia dianugerahi rasa cinta kepada akhirat.
  7. .Siapa yang meninggalkan kesibukkan menghitung aib orang lain, ia dianugerahi kesempatan untuk memperbaiki aib dirinya sendiri.
  8. Sesiapa yang meninggalkan menyelididk tentang bagaimana keadaan Allah s.w.t., maka ia dianugerahi keselamatan dari I'tikad orang munafik

First created : Monday, 11 May 1998, 9.52 pm.

© 1996 Hazhar Ismail